Wednesday, 26 February 2014

Pernah Dengar Tak Tentang UNIFIELD...???



Salam Sejahtera...

Syukur kepada Illahi, atas keizinan dan kesempatan yang diberikan dalam menghasilkan blog ini. Sejujurnya penghasilan blog ini adalah sekadar perkongsian ilmu dan pengalaman hidup kami sepanjang 4 tahun di Unifield. Pelbagai pengalaman hidup suka dan duka kami disini, yang kebanyakannya mampu mendewasakan dan mewarnai sebahagian kehidupan kami. Mungkin tak ramai yang mengetahui tentang kolej nie. Kalau ada yang berjumpa, pasti soalannya, " kat mana kolej nie", "dah brape lama kolej nie, tak pernah dengar pun" Haaa.. tu lah antara soalan cepumas yang orang selalu tanya. 

Oklah, saya ceritakan serba sedikit tentang latar belakang kolej nie. Kolej Unifield nie, pada asalnya bermula dari sebuah Institusi yang diberi nama Institut Yayasan Alor Gajah. Institut nie ditubuhkan pada 11 Julai 1997. Kiranya kolej dah hampir mencecah 17 tahun usia penubuhannya. Congrett...!!!! Jarang-jarang kita dapat tengok sebuah institut yang mampu bertahan selama ini, ditambah pula dalam era pembangunan dan peningkatan ekonomi negara yang semakin mencabar sekarang. Perkembangan institusi nie dan peningkatan jumlah pelajar telah membawa satu perubahan yang besar kepada pengurusan institut ini. Penukaran nama institut nie kepada Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah telah menjadi satu permulaan yang besar kepada kolej nie. Kemudian, saya difahamkan, pengurusan kolej nie telah menukar nama kolej kepada Kolej Teknologi Unifield dan pada tahun 2011 secara rasminya kolej nie telah diluluskan penukaran namanya oleh Kementerian Pengajian Tinggi menjadi Kolej Antarabangsa Unifield sehingga kini. Kalau kita tengok, kolej nie sentiasa ada peningkatan dan perubahan nama. Saya juga diifahamkan, pada awalnya kolej nie hanya memulakan penubuhanya di bangunan Wisma Umno Alor Gajah sahaja. Namum disebabkan kemasukan dan peningkatan jumlah pelajar yang semkan bertambah, kolej nie terpaksa mencari tapak baru yang lebih kondusif persekitaranya untuk keselesaaan pelajar. Akhirnya kolej nie telah berpindah di sebuah tempat yang amat selesa persekitaranya iaitu di dalam A'Famosa Resort Alor Gajah...  Untung betul lah pelajar2 kt cini, dapat tinggal dan belajar dalam resort... Tempat nie memang cantik sangat.. Angin memang kuat dan persekitaran yang sesuai untuk belajar. 

Pintu Masuk Utama 
Bangunan Kolej Antarabangsa Unifield

Kolam Renang nie betul-betul sebelah dengan Cafe Pelajar

So... nie lah serba ringkas, gambaran persekitaran kolej. TQ..xoxo